Sindiket terancang urus kemasukan PATI · MYKMU.NET

Sindiket terancang urus kemasukan PATI

Share

Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini tanpa disedari membawa impak negatif yang cukup besar.

Bukan sahaja boleh mencetuskan masalah sosial dan jenayah, bahkan turut berpotensi menyebarkan penyakit berjangkit.

Ini terbukti apabila pihak berkuasa melancarkan Ops Benteng bagi mengekang wabak Covid-19 melalui kemasukan PATI di jalan tikus dan lokasi rahsia yang menjadi pilihan untuk mereka menyelinap masuk ke Malaysia.

Difahamkan, tujuan utama PATI masuk ke negara ini adalah untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektor pembinaan dan pertanian.

Akibat terlalu ramai, lama-kelamaan mereka semakin galak membina penempatan haram. Malah mereka lebih berani turut menubuhkan kumpulan samseng bagi memastikan kelompok mereka yang bertapak di kawasan tertentu selamat daripada pihak berkuasa.

Sekumpulan PATI warga Indonesia ditahan dengan rampasan dadah di Pulau Ketam, Klang pada Mei tahun lalu.
Disebabkan itu juga, mereka mula berasa tamak dan berebut sesama sendiri bagi menguasai kawasan yang lebih besar.

Lelaki Bangladesh dalam video Al Jazeera mohon maaf kepada kerajaan

Ini terbukti apabila ada kes-kes jenayah yang dilaporkan berlaku membabitkan pergaduhan dalam kalangan PATI sehingga membawa kepada kes kecederaan dan kematian.

Itu baru isu gengsterisme, belum lagi membabitkan kes lambakan PATI di kawasan pasar borong hingga mencetuskan ketidakselesaan warga tempatan berikutan sikap warga asing yang gemar memonopoli sesuatu kawasan, meskipun saban tahun pihak berkuasa daripada agensi berkaitan aktif melakukan operasi tangkapan serta serbuan.

Mendedahkan isu berkenaan, Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, hasil maklumat yang diperolehi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati urusan kemasukan PATI itu diuruskan oleh sindiket terancang.

Beliau berkata, terdapat kaedah dan modus operandi yang telah dikesan pihaknya termasuk memindahkan PATI melalui sempadan perairan negara.

Lelaki Bangladesh dalam video Al Jazeera mohon maaf kepada kerajaan

“Kita dapati PATI yang datang dari negara jiran diuruskan oleh sindiket negara terbabit. Bot-bot yang membawa PATI akan berhenti di sempadan negara. Selepas beberapa ketika, akan muncul beberapa bot transit yang akan membawa mereka ke tanah besar dan seterusnya memasuki negara dengan mudah dan tanpa dapat dikesan.

“Kita dapati kebanyakan sindiket menggunakan bot nelayan tempatan untuk membawa masuk PATI melalui jeti utama atau lokasi tertentu. Mereka akan menyamar sebagai nelayan tempatan yang keluar mencari hasil laut.

“Namun, yang sebenarnya mereka ini akan mengambil PATI di tengah perairan dalam jumlah yang kecil bergantung kepada kapasiti bot. Apabila ditahan, PATI akan menyamar sebagai nelayan.

“Selain itu, ada juga sindiket dikesan menggunakan bot pancung, barter trade atau pom pom terus menuju ke lokasi hotspot.

“Bot pancung digunakan atas faktor kelajuan manakala bot barter trade yang membawa barangan digunakan kerana saiz yang besar membolehkan PATI bersembunyi seperti di bahagian enjin bot,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Selain itu, Mohammad Rosli berkata, pihaknya juga mengesan PATI yang mendarat di Pulau Ketam, Klang akan menggunakan khidmat teksi air atau feri sebelum masuk ke daratan.

Menerusi risikan, katanya, PATI berkenaan akan bergerak pada waktu malam sehingga awal Subuh. Bot akan dikemudi tanpa sebarang cahaya

269 etnik Rohingya ceroboh perairan Langkawi

Leave a Reply