800,000 hilang kerja sejak COVID-19 melanda

Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.

“Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

“Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19, kerajaan sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas situasi semasa COVID-19 hari ini. BH



Nota: Bukan sedikit jumlah yang kehilangan pekerjaan. Kita percaya ramai lagi akan kehilangan pekerjaan.

Ini kerana keadaan ekonomi yang lembab dan kuasa pembeli yang berkurangan.

Kerajaan kena bertindak pantas dengan memberi insentif kepada rakyat dan juga majikan-majikan agar mereka terus dapat bertahan.

https://mykmu.net/2017/04/01/nasib-baik-ada-gst/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker