PKPB tidak disambung

Share

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan berakhir esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini susulan tiada kes jangkitan baharu Covid-19 dikenal pasti di kawasan itu.

“Sehingga 29 Oktober, melalui ujian saringan yang dilaksanakan, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kampung ini.

“Sehubungan itu, sidang khas hari bersetuju menamatkan PKPB Kampung Padang Che Mas pada 31 Oktober sebagaimana dijadualkan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, seramai 1,150 penduduk membabitkan 151 rumah di Kampung Padang Che Mas, dikenakan PKPB berkuatkuasa 18 Oktober hingga 31 Oktober ini. HM

COVID-19: PKPB Lembah Klang mungkin disambung

Leave a Reply