Murid tadika jadi mangsa rogol bapa saudara

JEMPOL – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak saudaranya yang baru berusia lima tahun di dalam tandas di Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang merupakan murid tadika pergi ke kem rekreasi berkenaan bersama lelaki berusia 22 tahun itu serta dua lagi sepupu lelaki berusia enam dan empat tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 petang semasa mangsa sedang membersihkan diri di dalam tandas.

“Sebaik pulang ke rumah pada jam 4 petang, mangsa telah menceritakan kejadian kepada neneknya yang kemudian telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Hafiz berkata, mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Jempol di sini dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibunya di Puchong, Selangor telah berada di rumah neneknya di Kampung Dusat, Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol sejak pertengahan bulan lalu.

“Suspek yang tidak bekerja telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.-SH

ANAK SETAN: Merogol ibu kandung dijel 17 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker