Pegawai kanan polis ditaja sindiket Macau Scam melancong ke luar negara?

Share

Kuala Lumpur: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengenai pegawai kanan yang dikatakan melancong ke luar negara ditaja oleh sindiket jenayah termasuk Macau Scam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan akan dilakukan bagi mendapatkan bukti sekiranya pihak terbabit ada membuat lawatan ke luar negara seperti diperkatakan.

“Pada masa sama, siasatan juga akan menjurus kepada siapa pihak yang menaja lawatan mereka ke luar negara itu.

“Jika mereka pergi dengan perbelanjaan sendiri, maka perlu berikan bukti-bukti berkaitan. Jika ditaja oleh sindiket, maka ia adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan gambar pegawai kanan polis melancong yang dikatakan ditaja oleh sindiket Macau Scam yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua anggota polis yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 kerana dipercayai membantu melindungi kegiatan ‘cuci duit’ oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian berpangkalan di China, akan dikenakan perintah tahan kerja.

Untuk rekod, suspek utama kes penggubahan wang haram berkenaan Addy Kanna serta dua anggota polis terbabit kini ditahan mengikut POCA bagi membantu siasatan.

Seorang lagi suspek utama yang sebelum ini menjadi buruan polis selepas meloloskan diri, Goh Leong Yeong @ Alvin ditahan di sebuah pusat peranginan di Pahang, awal pagi kelmarin. HM

Ahli perniagaan dikencing sindiket tawar projek kerajaan

Leave a Reply