Sekumpulan Budak2 Tengah Seronok Naik Motor Roda Tiga, Tapi Lain Pula Jadinya! Nayaa….[Video]

Menaiki motorsikal sambil beronda-ronda sememangnya satu perkara yang menyeronokkan. Selain daripada dapat melihat keindahan alam dan suasana kampung, kita juga secara tidak langsung dapat meredakan tekanan yang sedia ada.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini dimana terdapat sekumpulan budak remaja yang dilihat sedang menaiki motor roda tiga di sebuah kampung. Situasi itu sempat dirakam oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di jalan yang sama dengan menaiki sebuah lori.

Lihat Video dibawah:-

Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila remaja yang membawa motor roda tiga terbabit telah hilang tumpuan ketika memandu gara-gara dihon oleh pemandu lori tersebut. Ekoran daripada itu, keenam-enam remaja itu telah terbabas memasuki ke sebuah belukar seperti di dalam video berkenaan.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat mereka di samping ada yang turut memberikan tumpuan tentang cara perakam itu bergelak tawa. Video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @anthraxxx tersebut telah berjaya mencuri perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 57.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun berkenaan.

“Ni semua salah tukang record…”

“Jahatnya gelak…”

“Balik kena marah dengan…”

“Hahaha korang da besar nanti korang ingat la balik…”

“Weh berdekah…”

Sumber: Twitter

Kredit: Himpunan Cerita Lawak

Netizen ‘meluat’ lihat wanita langgar anggota TLDM berkerusi roda ke mahkamah [VIDEO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker