Ahli perniagaan dikencing sindiket tawar projek kerajaan

KUALA KANGSAR – Dua ahli perniagaan mengalami kerugian RM338,000 selepas tertipu dengan tawaran projek membekalkan 20,000 kotak air minuman mineral kepada petugas-petugas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa menyedari ditipu setelah tidak menerima bayaran daripada projek tersebut selain panggilannya dibekukan oleh sindiket tersebut.

“Mangsa merupakan lelaki berusia 54 tahun menerima tawaran menerusi panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri Putrajaya pada 2 September lalu.

“Mangsa kemudian mengajak rakannya berusia 40 tahun untuk melabur sama dalam projek tersebut sebelum mendepositkan wang berjumlah RM50,000 sebagai cagaran pada 21 September lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini hari ini.

DAP Terus Menipu Rakyat Tanpa Rasa Malu

Menurutnya, mangsa menerima tawaran tersebut setelah dijanjikan akan menerima pembayaran dalam tempoh yang singkat tanpa melalui banyak prosedur.

“Modus operandi sindiket itu diyakinkan apabila mangsa mengurus sendiri projek tersebut dengan membeli 20,000 kotak air di Kota Kinabalu.

“‘Mangsa telah membelanjakan RM288,000 bagi pembelian air itu dan menyerahkan kesemua kotak air kepada seorang lelaki yang dipercayai ahli sindiket sebelum diedarkan ke 34 kawasan yang disenaraikan,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, menyedari ditipu, mangsa telah membuat laporan polis, semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Susulan laporan itu, Bahagian Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah membuat beberapa tangkapan dipercayai ahli sindiket sama.

“Sindiket yang menyamar sebagai penjawat awam menggunakan taktik sama menawarkan projek kerajaan kepada mangsa-mangsa. Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Kempen PRN Sabah bermula pada 12 September dengan pengundian berakhir pada 26 September lalu menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah memperoleh majoriti selepas meraih 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Kecoh bergaduh di kaunter Drive-Thru restoran makanan segera, Polis sahkan pemandu sudah ditahan [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker