Parti Mahathir desak ROS luluskan segera pendaftaran · MYKMU.NET

Parti Mahathir desak ROS luluskan segera pendaftaran

Share

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, permohonan Pejuang untuk diluluskan sudah memasuki dua bulan dan tidak ada tanda-tanda untuk diterima RoS.

“Kesemua tujuh permohonan, malangnya yang tidak mendapat maklum balas bertulis dari Menteri Dalam Negeri dari pihak JPPM,” katanya.

Amiruddin turut melahirkan rasa hairan mengapa permohonan Pejuang menerima layanan amat berbeza dengan dua parti yang lain.

Katanya, pendaftaran parti Makkal Sakti Malaysia diluluskan dalam tempoh dua minggu manakala Perikatan Nasional pula diluluskan dengan kadar segera dalam proses yang annat meragukan.

“Oleh demikian, pihak Jawatankuasa Penaja PEJUANG sekali lagi ingin YB Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPPM untuk membuat suatu keputusan segera dan jelas agar pendaftaran PEJUANG diluluskan mengikut prinsip undang-undang,” katanya.

Amiruddin juga berkata, tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis adalah tidak munasabah dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa RoS kini kembali menjadi “alat kerajaan’ bermotifkan politik sehingga menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat.

Bincang calon TPM, UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Pada 19 Ogos lalu, pengasas parti itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada RoS.

Antara penaja lain adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad dan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai Pengerusi.

Pada 28 September lalu, RoS meminta pihak penaja Pejuang melakukan beberapa pindaan ke atas permohonan pendaftaran parti itu.

Pindaan-pindaan tersebut adalah berkaitan isu-isu teknikal kecil.

Parti itu berlogokan motif huruf Jawi ‘pa’ mewakili maksud pejuang manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Leave a Reply