80 rumah di Kuala Besut dibadai ribut · MYKMU.NET

80 rumah di Kuala Besut dibadai ribut

Share

BESUT – Lebih 80 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, di sini rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda petang semalam.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Asbi Salleh berkata kejadian yang berlaku menjelang waktu Maghrib itu menyebabkan bumbung beberapa rumah serta premis perniagaan di enam buah kampung di sini, diterbangkan ribut.

“Ada juga rumah yang mengalami kerosakan akibat pokok tumbang, dan kampung yang paling teruk terjejas ialah Kampung Lay Out Tok Saboh, Kampung Tok Saboh, dan Kampung Alor Peroi, serta beberapa kampung lain,” katanya.

Beliau yang ditemui ketika melawat beberapa rumah mangsa ribut di Kampung Lay Out Tok Saboh hari ini berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu membaiki bumbung beberapa rumah penduduk kampung yang terjejas akibat kejadian.

Seorang penduduk yang ditemui, Muhammad Hanif Danial Mohd Rozfaiza, 18, berkata, rumah keluarganya antara rumah paling awal dan rosak teruk dipukul ribut dalam kejadian itu.

“Ketika kejadian saya bersama ibu dan tiga adik berada di dalam rumah apabila hujan lebat diikuti angin puting beliung yang membadai rumah kami.

“Tiba-tiba bunyi kuat di bahagian atap rumah dan saya mendapati kesemua bumbung tercabut lalu saya melaungkan azan sebelum kami lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” tambahnya.
Bernama

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

Leave a Reply