Hampir satu pertiga kematian Covid-19 meninggal sebelum sampai ke hospital · MYKMU.NET

Hampir satu pertiga kematian Covid-19 meninggal sebelum sampai ke hospital

Share

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hampir satu pertiga kematian Covid-19 dalam gelombang ketiga dibawa ke hospital selepas mati (BID), yang bermaksud mereka meninggal dunia sebelum sampai di hospital.

Didedahkan 35 kes dari 110 kematian dalam gelombang ketiga setakat ini dibawa ke hospital selepas meninggal dunia.

“Setakat ini jumlah BID adalah 44 kes. Dari 44 kes tersebut, terdapat 9 kes BID pada gelombang kedua.

“Untuk gelombang ketiga, di Sabah secara khusus, terdapat 35 kes BID,” kata Noor Hisham semasa sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan kemudian berkata terdapat 136 kematian pada gelombang kedua dan 110 kematian pada gelombang ketiga setakat ini.

Presiden PAS: UMNO, PAS & Bersatu mampu raih sokongan dua pertiga

Leave a Reply