Isteri minta dimadukan dengan rakan baiknya, suami ‘jem’

Satu hantaran tular di media sosial Singapura memaparkan pertanyaan seorang lelaki yang mahu mendapatkan nasihat setelah isterinya meminta dia berkahwin dengan rakan baik wanita berkenaan, lapor laman berita The Independent kelmarin.

Dalam catatan tanpa nama kepada halaman pengakuan popular SGWhispers, lelaki itu menulis: “Sekadar meminta pendapat dan nasihat di sini berkenaan keadaan saya.”

Menurut lelaki tersebut, dia sudah mempunyai dua cahaya mata tetapi isterinya meminta dia berkahwin dengan rakan baik wanita itu yang sudah bercerai dan turut mempunyai dua orang anak.



Tambah lelaki berkenaan, isterinya menjelaskan bahawa jika perkahwinan tersebut berlangsung, dia akan mempunyai seseorang untuk menjaganya. Selain itu, anak-anak rakannya juga akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Pada kebiasaannya, luah lelaki itu, golongan lelaki akan berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri masing-masing tetapi dia menghadapi situasi yang berbeza berbanding orang lain.

Luahan tersebut mendapat perhatian netizen dengan ada yang menggesa dia mengikut kata hatinya untuk membuat keputusan.

Namun, terdapat juga netizen yang berkata bahawa dia masih boleh membantu rakan baik isterinya tanpa perlu mengahwininya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker