Kini masa ahli politik pula jaga kepentingan rakyat, kata Musa Hassan

Selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan untuk tidak memperkenankan pengisytiharan darurat dan meminta semua ahli politik tidak bermain politik sehingga menjejaskan pentadbiran negara, kini tibalah masa untuk ahli-ahli politik untuk menunaikan tanggung jawab mereka pula.

“Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak mengisytiharkan darurat.

“YDPA dan Raja-Raja Melayu menjaga kepentingan rakyat.

“Kita lihat pula ahli-ahli politik sama ada mereka menjaga kepentingan rakyat dengan tidak bermain politik,” kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam satu ciapan di Twitternya.



Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong selepas mengadakan Mesyuarat Khas Raja-Raja memaklumkan tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat.

Titahnya, baginda yakin dengan kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dasar dan memerangi wabak Covid-19.- MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker