Shahidan mula dapatkan sokongan ahli Parlimen untuk belanjawan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mula berbincang dengan 52 penyokong kerajaan untuk mendapatkan sokongan di Dewan Rakyat bagi Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan bulan depan.

“Saya sedang berbincang dengan mereka mengenai belanjawan akan datang,” katanya kepada FMT.

“Saya yakin dengan sokongan mereka untuk membantu kerajaan dengan Covid-19 dan belanjawan tahun depan.”

Shahidan ialah pengerusi kelab penyokong kerajaan di Dewan Rakyat, yang terdiri daripada ahli Parlimen Perikatan Nasional yang bukan sebahagian pentadbiran.

Katanya, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka semua menyokong Belanjawan 2021.

PN, yang mempunyai 50 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, mendapat sokongan 112 ahli Parlimen melalui Barisan Nasional (43), GPS (18) dan PBS (1).

Langkah itu menyusul kebimbangan ahli Parlimen menolak belanjawan itu secara berkumpulan, yang akan menyebabkan kerajaan Muhyiddin Yassin tumbang.

Kebimbangan itu timbul selepas Umno mengugut akan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN kerana tidak berpuas hati dengan peranannya yang semakin berkurangan dalam kerajaan.

Shahidan tidak mendedahkan reaksi awal ahli Parlimen terhadap usahanya itu, tetapi berkata semua akan menyokong belanjawan kerana ia memanfaatkan negara.

“Menolak belanjawan seperti menolak bantuan yang diperlukan untuk membiayai negara ketika pandemik.”

Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini dan ia akan dibahaskan kemudian, disusuli undian akan diadakan.

Kegagalan mendapat kelulusan akan menyebabkan perdana menteri dan Kabinet perlu meletak jawatan secara automatik.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat dan mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik serta menekankan kepentingan Belanjawan 2021. FMT

Sokong Anwar, Shahidan buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker