Pertarungan Terakhir: Ronaldo ucap tahniah buat Khabib Nurmagomedov [Video] · MYKMU.NET

Pertarungan Terakhir: Ronaldo ucap tahniah buat Khabib Nurmagomedov [Video]

Share

ABU DHABI: Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminat apabila mengumumkan persaraannya daripada UFC, dengan bintang-bintang sukan memberi penghargaan kepada juara lightweight dunia itu.

Khabib menewaskan Justin Gaethje di pusingan kedua pertarungan di Abu Dhabi untuk rekod kemenangan 29-0, awal pagi tadi.

Seorang lagi pemain bola sepak, Daniel Sturridge menulis: “Selamat bersara Khabib, selamat maju jaya. #Legend.”

Seteru lama Khabib, Conor McGregor dari Ireland antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada atlet 32 tahun dari Russia itu.

“Saya akan meneruskannya. Hormat dan takziah sekali lagi di atas pemergian bapa anda, kepada anda dan keluarga. Yang benar, keluarga McGregor,” kata McGregor. – AGENSI-BH

UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan, Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sini… antara sebab Khabib bersara

Leave a Reply