‘Saya akan pastikan ahli Parlimen BN sokong Belanjawan 2021’



Sebaran :

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bertekad meyakinkan semua rakan dalam parti UMNO untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen bulan depan.

Menurut laporan Malay Mail, beliau berjanji untuk memastikan semua ahli Parlimen kerajaan menyokong pembentangan belanjawan itu bagi mengelak daripada Muhyiddin mengisytiharkan darurat.

Tolak darurat, kekalahan moral buat Muhyiddin

“Saya akan meyakinkan penyokong kerajaan untuk memperhatikan nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kita terus fokus kepada usaha untuk memerangi koronavirus (Covid-19) yang mana apa pun tindakan yang diambil ia memberi manfaat kepada rakyat.



“Saya akan pastikan 23 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong Belanjawan 2021 dan semua bil kerana kita tidak mahu ada sikap diktator melalui pintu belakang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, Muhyiddin akan dijamin mendapat sokongan daripada 23 ahli Parlimen BN termasuk dirinya untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sekarang bagi memerangi krisis Covid-19.

Katanya, Muhyiddin juga turut dijamin untuk mendapat ruang bagi melaksanakan tanggungjawab beliau.



TMJ berdoa Allah lindungi negara daripada orang ‘gila kuasa’


Sebaran :


Leave a Reply