Kanak-kanak lelaki maut terjatuh tingkat 15

Share

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, yang bersendirian di rumahnya dikatakan tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu rumah berkenaan.

Foto:  Tranung Kini

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa keluar ke kedai berhampiran manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur, manakala bapa mangsa pula dikatakan sedang bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.

 

Polis menutup mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang terjatuh dari rumahnya di tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu, untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). - Foto Zaid Salim
Polis menutup mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang terjatuh dari rumahnya di tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu, untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). – Foto Zaid Salim

 

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, 29, ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh.

“Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu anak ada kanak-kanak terjatuh, saya kemudian melihat ke bawah.

“Memang terkejut kerana saya kenal dengan mangsa kerana dia pernah membeli di kedai saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.-BH

Tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga, polis siasat dakwaan dibuli

 

Leave a Reply