Muhyiddin jumpa semua MB, KM esok

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat dengan semua menteri besar dan ketua menteri di Putrajaya pagi esok.

Menurut laporan The Malaysian Insight, satu mesej dihantar selepas raja-raja Melayu selesai mengadakan perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.

Bagaimanapun, agenda mesyuarat itu dikatakan tidak didedahkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan kepada FMT, pertemuan dengan Muhyiddin itu akan bermula 9.30 pagi esok.



Chow bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengadakan perbincangan khas dengan raja-raja Melayu berhubung cadangan yang dikemukakan Muhyiddin Jumaat lalu.

Sultan Abdullah kemudiannya memutuskan tiada keperluan mengisytiharkan darurat di mana-mana bahagian di seluruh negara.

Agong berkata, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini amat penting kepada rakyat dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara dan mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik bagi mengelakkan kestabilan negara terjejas. FMT



Agong menolak Darurat buat masa ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker