Tontonilah ‘Ketahanan’ APPLE iPhone 12 Apabila Dilepaskan Pada Ketinggian 10 Kaki [Video]

Seringkali apabila membincangkan mengenai ketahanan luaran sesebuah iPhone, pastinya ramai yang cukup tahu mengenainya. Malah, kerap kali dapat dilihat pengguna yang menggunakan iPhone dengan skrin yang retak.

Namun menerusi siri iPhone 12 yang baru sahaja dilancarkan Apple, jenama ini telah memperkenalkan Ceramic Shield iaitu teknologi baharu pada skrin yang membuatkan skrin iPhone lebih tahan lasak. Pihak Apple juga turut memaklumkan penggunaan Ceramic Shield telah membuatkan skrin iPhone paling bertahan berbanding majoriti telefon pintar lain di pasaran.

Bagi menguji kesahihan dakwaan Apple, YouTuber EverythingApplePro EAP telah menguji iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dengan ketiggian berbeza sehingga pada paras 10 kaki. Ayuh tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketahanan model terbaru Apple ini.-The Vocket.com

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=fQc2jW_A3ik[/embedyt]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker