COVID-19: Sepanyol siap siaga kemungkinan isytihar darurat kebangsaan

MADRID: Sepanyol bersiap siaga menghadapi kemungkinan darurat kebangsaan yang baharu diisytihar untuk membolehkan perintah berkurung dikuatkuasakan.

Ia susulan desakan wilayah negara ini, semalam, agar tindakan berkenaan diambil bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang semakin melonjak.

Malah, gesaan kian memuncak supaya kerangka undang-undang membenarkan pemimpin wilayah melaksanakan sekatan lebih ketat.



Justeru, Kabinet Perdana Menteri, Pedro Sanchez dijadual mengadakan mesyuarat khas pada jam 10 pagi ini untuk membuat keputusan berhubung perkara terbabit.

Pihak kerajaan dalam satu kenyataan memaklumkan, barisan menteri ‘akan mengkaji syarat untuk darurat kebangsaan yang baharu’.

Menurut kenyataan itu, usul terbabit disambut baik oleh kebanyakan komuniti autonomi di Sepanyol yang telah memohon supaya langkah berkenaan diambil.

Gesaan terbabit menyusul beberapa hari selepas Sepanyol merekodkan jumlah lebih sejuta kes COVID-19, sekali gus muncul negara keenam melepasi angka mengerikan itu di dunia dan yang pertama dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU).



Setakat ini, sembilan daripada 17 wilayah autonomi Sepanyol telah mengemukakan permohonan rasmi supaya kerajaan mengisytiharkan darurat kebangsaan.

Perisytiharan itu bakal membolehkan mereka menguatkuasakan perintah berkurung yang semakin banyak dilaksanakan di seluruh Eropah.

Sebelum ini, Sepanyol menggunakan ‘kuasa’ sedemikian pada musim bunga untuk menguatkuasakan antara perintah berkurung paling ketat di dunia. – AFP-BH

COVID-19: Tiada kematian dalam 24 jam di Sepanyol, kali pertama sejak Mac



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker