Mercy Malaysia rayu sukarelawan perubatan ke Sabah

Mercy Malaysia menyeru sukarelawan dalam kalangan profesional perubatan menyertai pasukannya di Sabah untuk membantu melaksanakan secara besar-besaran ujian saringan Covid-19 dan rawatan di pelbagai lokasi di negeri itu.

Dalam kenyataan hari ini, Mercy Malaysia, sebuah organisasi menyediakan bantuan sukarelawan memaklumkan keperluan mendesak adalah bagi doktor, jururawat, pegawai perubatan, pembantu perubatan, juruteknik makmal, radiografi dan pakar perubatan dalaman, anestetik serta perubatan kecemasan.

Mercy Malaysia, merancang untuk menghantar pasukan perubatan setiap minggu sehingga Disember dengan setiap pasukan akan bertugas selama 2 minggu dan akan menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu selepas kembali dari Sabah.

“Bagi mempermudah proses tersebut, Mercy Malaysia akan menampung kos kuarantin dengan menyediakan tempat tinggal dan makanan selama 2 minggu selepas sukarelawan pulang dari Sabah,” katanya.



Mercy Malaysia mempunyai 8 pasukan sukarelawan yang kini berpusat di Kota Kinabalu, sementara pasukan lain terdiri daripada 3 orang yang akan dibawa dari Semenanjung minggu depan.

Individu yang berminat boleh menghubungi talian 019 314 0769 untuk maklumat lanjut. Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker