Darurat tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara

Pengisytiharan perintah darurat boleh dilakukan sekiranya negara berdepan dengan isu keselamatan dalam negeri, ketidakstabilan ekonomi atau ketenteraman awam.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, dalam keadaan negara ketika ini, darurat kesihatan adalah lebih sesuai dilaksanakan berbanding atas sebab krisis politik.

“Jadi, kalau dikatakan isu krisis politik ketika ini yang berlaku, saya rasa masih belum lagi mencukupi ketiga-tiga perkara tersebut.



“Jadi, darurat tidak sepatutnya diisytiharkan berdasarkan krisis politik yang ada sekarang, namun jika COVID-19, ya, itu adalah krisis yang mendesak dan ada kemungkinan diisytiharkan darurat sebab banyak negara ketika ini mengisytiharkan darurat atas dasar COVID-19,” katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual menerusi Skype, pada Jumaat.

Bagaimanapun, Mohd Azizuddin berkata, pengisytiharan darurat adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata, darurat juga tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara, sebaliknya boleh dilakukan di negeri-negeri tertentu sahaja.

“Di Jepun, Itali (juga melaksanakan darurat) dan Romania telah menangguhkan pilihan raya mereka kerana COVID-19. Malah, di Amerika Syarikat, ada 48 negeri daripada 50 negeri diisytiharkan darurat.



“Cuma saya rasa darurat ini tidak mesti melibatkan seluruh negara tetapi boleh diisytiharkan di negeri-negeri tertentu, misalnya Sabah yang agak tinggi kes COVID-19. Jadi, boleh diisytiharkan di Sabah sahaja berbanding di negeri lain,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengakui pengisytiharan darurat akan memberi kesan yang besar kepada negara termasuk akan menjejaskan peranan Kabinet. Awani

Kuasa PM, Kerajaan, Parlimen dan Mahkamah semasa darurat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker