Video lucah, David Teo nak saman

Pihak pengurusan pelakon, Hun Haqeem, Metrowealth International Group (MIG) sudah mengenal pasti dalang penyebaran video lucah yang didakwa mirip pelakon Kampung People itu.

Pengarah Urusan MIG, David Teo menerusi rakaman video yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi MIG, semalam berkata, pihaknya memberi amaran kepada semua pihak yang sudah menyebar gambar dan foto itu supaya dipadam sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, artis di bawah pengurusan Metrowealth. Kita dapat tahu bahawa banyak artikel, video dan foto disebarkan di Internet termasuk YouTube, Twitter dan lain-lain media sosial. Saya sudah berunding dengan peguam dan kita sudah mengenal pasti penyebar yang mengeluarkan video, foto dan cerita palsu itu.

“Jadi, saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua penyebar itu. Saya sudah panggil semua pegawai untuk rakamkan segala bukti yang ada.



“Saya harap sesiapa yang sudah menyebar atau mengeluarkan foto, video dan cerita, sila turunkan atau padam. Jika tidak, saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

Terdahu, industri hiburan tempatan sekali lagi hangat apabila tersebar video dan gambar yang didakwa mirip Hun yang dipaparkan dalam aksi tidak senonoh.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, seorang lelaki mirip Hun yang popular dengan watak Jakfer dalam drama bersiri Kampung People itu dalam keadaan tidak berbaju selain pada hujung video dilihat seperti menggosok alat kelaminnya.

Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat meninggalkan ciuman ‘nakal’ ke arah lensa kamera.



Sebelum penyebaran video terbabit, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan adalah Haqeem atau pelanduk dua serupa.

Malah, ada juga pihak beranggapan pelakon itu menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video. HM

Ustaz Abu Minta Semua Tak Perlu Kutuk, Hina Sajat. Sekali netizan suruh dia kahwin dgn Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker