Kejam, ibu campak dua anak dalam sungai (video)

Demi membalas dendam terhadap bekas suaminya, seorang ibu tergamak mencampak dua anaknya dari jambatan ke Sungai Tigris.

Portal Gulf News melaporkan, video wanita terbabit membuang anak lelakinya berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun tular di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan tidak perikemanusiaan wanita berkenaan.

Sumber polis berkata, pihak berkuasa negara itu sudah menahan wanita terbabit dan suspek mengakui melakukan tindakan itu demi membalas dendam terhadap suaminya selepas diceraikan.



Setakat hari ini, mayat dua beradik malang itu belum ditemui dan insiden dilaporkan berlaku pada 17 Oktober di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.

RAKAMAN video menunjukkan wanita berkenaan membawa dua anaknya di jambatan itu. FOTO Agensi
RAKAMAN video menunjukkan wanita berkenaan membawa dua anaknya di jambatan itu. FOTO Agensi
Bapa dua beradik berkenaan ternyata terkejut dengan kejadian itu dan duduk di tebing sungai memerhatikan pihak berkuasa mencari mayat anaknya.

Ahli keluarga, Abu Tahsin Deraji mendakwa, wanita berkenaan mahu membunuh anaknya selepas suaminya meminta cerai pada akhir September lalu.

“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya.



“Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami memulangkan kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka inilah sikap sebenar anak perempuan anda.

“Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah memberitahu perkara ini kepada orang lain dan tidak menunjukkan gambar (kecurangan) kepada sesiapa,” katanya. HM

https://mykmu.net/2017/10/23/airmata-wanita-itu-mungkin-terkandung-racun-dendam-berbisa/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker