Scha Elinnea Akui Emosi Terganggu – “Bukannya Dia Pakai Seksi Tu Dia Pergi Melacurr”

Pelakon Scha Elinnea mengakui tindakan netizen yang cuba mengaitkan dirinya sebagai artis yang didakwa terpalit dengan aktiviti pelacuran kelas atasan memberi kesan kepada emosinya.

Menurut Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21,  kontroversi tersebut turut mendapat perhatian daripada ahli keluarganya yang bimbang dengan keadaannya.

“Keluarga mesti akan telefon tanya. Cuma secara peribadi mereka kenal saya macam mana dari kecil. Mereka tahu saya tak akan buat perkara sedemikian (pelacuran).

“Mereka tanya sama ada saya okay ke tak, mental break down ke tak sebab hal-hal begini.

“Cumanya, apa yang boleh kata, emosi saya memang terganggu juga sebab tengah bekerja tiba-tiba kena macam ni. Nak pergi set penggambaran pun saya sendiri yang rasa seganlah,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak semalam.

Terdahulu, Scha membuat laporan polis ekoran dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan dirinya sebagai selebriti yang terkait isu aktiviti pelacuran kelas atasan yang turut berkait rapat dengan isu Macau Scam.

Jelas Scha, dia juga bimbang sekiranya, isu negatif sebegini memberi impak kepada tawaran lakonan daripada pihak produksi.

Begitupun, dengan apa yang berlaku, kata Scha selepas ini, dia akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang gambar di media sosial miliknya.

“Saya rasa sebab memang dikaitkan dengan isu seksi. Seksi itu tak ada kaitan pun dengan benda itu sebab seksi itu pemakaian, personaliti seseorang. Bukannya dia pakai seksi tu dia pergi melacur, bukan macam itu.

“Lepas ini kena lebih berhati-hati posting di Instagram, bab pemakaian. Ini kerana kita tak boleh nak tutup mulut orang, jadi kita sendirilah yang kena kawal benda itu,” kata pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek.

Semalam, syarikat pengurusannya, Absolute Management turut menafikan dakwaan artis naungannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral-GEMPAK

Dikata terbabit sindiket pelacuran kelas atasan, Scha Elinnea buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker