Ubah suai motosikal cara Ju Korox. Hebat!! · MYKMU.NET

Ubah suai motosikal cara Ju Korox. Hebat!!

Share

Marang: Kreativiti pemuda dari Kampung Rhu Muda, di sini dalam mengubahsuai motosikal menjadi tarikan malah, dia pernah menjuarai beberapa pertandingan anjuran Terengganu sejak 2007 lagi.

Raja Junaidi Raja Embong, 37, berkata, dia aktif dalam bidang itu sejak 2004 dan sudah menyertai lebih 50 pertandingan ubah suai motosikal.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai makan tetapi kerana minat dalam ubah suai motosikal, saya berhenti kerja dan mendalami kemahiran itu sehingga mampu membuka bengkel sendiri.

“Saya tiada asas dan tidak mempelajarinya secara formal tetapi menerusi YouTube, selain amalkan kaedah cuba dan belajar,” katanya ketika ditemui di bengkelnya dikenali Custom Jukorox di sini, hari ini.

Raja Junaidi atau lebih dikenali sebagai Ju Korox berkata, dia menawarkan beberapa pilihan kepada pelanggan untuk mengubahsuai motosikal mereka namun, paling mendapat sambutan adalah jenis ‘bobber’ dan ‘cafe racer’ yang harganya boleh mencecah antara RM5,000 hingga RM10,000.

Katanya, menerusi YouTube juga dia belajar menguasai teknik cat jenis semburan selain turut melukis mural.

Menurutnya, walaupun bidang berkenaan belum meluas, dia bersyukur kerana karyanya diiktiraf peminat dan komuniti penunggang motosikal seluruh negara. – HM

Ubah suai bilik macam ICU

Leave a Reply