Lockdown politik : Ekonomi tenat, 100k peruncit bakal gulung tikar

Share

COVID-19: Ekonomi negara ‘sakit’, 100,000 peruncit bakal gulung tikar – SME Malaysia

Dianggarkan kira-kira 50,000 hingga 100,00 peruncit di Lembah Klang terpaksa gulung tikar sekiranya wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini berterusan untuk tiga bulan lagi.

Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang berkata ia bakal menyaksikan kerugian sehingga RM400 juta.

Jumlah itu katanya belum lagi dikira peruncit di seluruh negara.

Ekoran itu beliau menggesa ahli politik supaya mengetepikan agenda masing-masing untuk kepentingan sendiri yang akhirnya dilihat hanya menyusahkan rakyat.

“Kerajaan seharusnya lock down semua aktiviti politik buat sementara dan tumpukan kepada agenda memulihkan COVID-19 dan pembangunan ekonomi negara.

“Ekonomi negara kita ‘sakit’. Apa kata kita tumpukan agenda yang lebih penting?” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Mengulas lanjut, peruncit terutamanya yang berniaga di pusat beli belah melalui detik ‘perit’ ekoran peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Sebanyak 871 kes positif COVID-19 dicatatkan pada Ahad, jumlah tertinggi dicatatkan setakat ini mengatasi rekod dicatatkan pada Sabtu sebanyak 869 kes. Awani

AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi

Leave a Reply