Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan

IGP Tan Sri Mohamad Fuzi Harun attend monthly assembly in Bukit Aman January 16, 2019. ― Picture by Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki berhubung kenyataannya yang disyaki menghasut dalam sebuah rakaman video tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, video berdurasi satu minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.

“Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu kini berada di luar negara sejak November 2017.

Hasrat Perdana Menteri 4 hari, Buang Raja-Raja Melayu & Hapuskan Hak Keistimewaan [Video]



“Malah suspek turut dikehendaki untuk tiga kes lain berkaitan ugutan dan hasutan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Huzir berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.



Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker