Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular

Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial.

Menerusi surat itu Mazlee, yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

“Saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan (ke-9) sehingga sidang Parlimen keempat belas (ke-14) dibubar oleh YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim,” katanya di dalam SD yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu.

Akuan Bersumpah Maszlee sokong Anwar
Surat Akuan Bersumpah Maszlee Malik menyokong Anwar

Sebelum ini, portal MalaysiaNow dalam satu laporan, mendedahkan SD yang dikatakan dibuat oleh Maslee itu.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan pengesahan daripada Maszlee serta pegawainya mengenai SD berkenaan, namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas. Awani

‘Wallahi, Wabilahi, Wattallahi. Saya tak terlibat seleweng RM42 juta [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker