UMNO dan PPBM memulakan rundingan

Wakil UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memulakan rundingan sesama mereka bagi mengatasi kemelut politik yang berlaku.

Itu ciapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Setiausaha Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa malam tadi.

“Saya gembira mendapat tahu wakil UMNO dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan.Begitu juga dengan Pas,” tulisnya.

Beliau juga berkata rundingan yang diadakan dalam keadaan harmoni dan baik.



“Insya Allah Isnin ini MN (Muafakat Nasional) bermesyuarat. Semuanya dalam suasana ‘anak beranak’. Kita doakan segalanya di permudahkan Allah,” katanya lagi.

Sebelum itu, mesyuarat Biro Politik UMNO memberi kata dua kepada Bersatu atau kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta meletakkan syarat supaya setiap kerjasama politik mesti ad hitam putih.

Jika tidak, UMNO akan mempertimbangkan untuk keluar daripada PN seperti kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan. MG

Pemimpin akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN akan runtuh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker