Faktor luaran, dalaman beri kesan pasaran saham Malaysia

KUALA LUMPUR – Terdapat beberapa faktor luaran dan dalaman yang menyumbang kepada situasi tidak menentu dalam pasaran saham Malaysia ketika ini.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, faktor luaran ialah kemeruduman ekonomi global dan domestik yang menyebabkan ramai pelabur asing membawa keluar pelaburan mereka dengan menjual saham tempatan untuk melabur di tempat lain.

“Disebabkan itu, kebanyakan yang aktif dalam pasaran saham ketika ini hanyalah pelabur tempatan yang tidak mempunyai kuasa beli besar seperti pelabur asing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.



Tengok rambut saja boleh naikkah, tanya Rafidah kepada Pas.

Menurutnya, pergolakan politik tempatan juga memainkan peranan dalam ketidakstabilan harga saham apabila ramai pelabur berspekulasi membeli dan menjual saham syarikat yang mempunyai hubungan politik dengan pihak-pihak tertentu.

“Untuk mengatasi ketidakstabilan pasaran saham, politik negara kita harus distabilkan dengan memberi mandat yang kukuh kepada kerajaan yang memerintah.



“Apabila kerajaan stabil, usaha memulihkan ekonomi dan membanteras pandemik Covid-19 (koronavirus) dapat dilakukan. Itu akan mengembalikan keyakinan pembeli dan pulih perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Bursa Malaysia kekal dalam zon negatif pada akhir sesi dagangan awal semalam dengan pelabur kecewa dengan prestasi lemah di pasaran Amerika Syarikat.Indeks utama turut bergerak seiring dengan trend menurun di pasaran serantau yang lain.

“Pada jam 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 0.25 peratus kepada 1,519.41 ketika ditutup semalam (kelmarin),” katanya.

https://mykmu.net/2017/01/14/mahathir-bukan-faktor-penting-politik-pemuda-pas/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker