Covid-19 : 629 kes hari ini dengan 6 kematian

Share

Covid-19 hari ini dilaporkan meragut 6 nyawa mangsanya, ketika angka kes jangkitan baharu dilaporkan sebanyak 629 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini turut melaporkan sebanyak 3 kluster baharu dikesan hari ini.

Terkini. 16 Okt. Sebanyak 629 kes baharu #COVID19 hari ini – 627 tempatan, 2 import.

Seramai 245 pesakit sembuh dan discaj.

Pecahan kes antaranya, Sabah (489), Selangor (50), PP (33), Labuan (19), KL (10), Perak (9).

6 lagi kematian, 3 kluster baharu.

Kes sembuh=245
Jumlah kes sembuh= 12,259 kes
Kes positif= 629
(kes import=2, kes tempatan=627)
Jumlah positif= 18,758 kes
Kes kematian=6
Jumlah kes kematian= 176 kes
Kes dirawat di ICU= 99 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 31 kes

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
PECAHAN KES BAHARU (629)

SABAH-489
260 saringan kontak rapat
71 dari kluster-kluster sedia ada
158 dari lain-lain saringan

SELANGOR-50
25 saringan kontak rapat
8 kluster Merbok (baharu)
6 dari kluster-kluster sedia ada
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 dari lain-lain saringan

P.PINANG-33
32 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan tahanan lokap

LABUAN-19
9 Kluster Bah Bundle
6 saringan pulang pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 saringan kontak rapat
1 saringan 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘧𝘧 kapal

KL-10
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
4 dari lain-lain saringan
1 import WN pulang dari New Zealand
1 import WN pulang dari Singapura

PERAK-9
5 kluster Buntar (baharu)
4 kluster Lekir (baharu)

KEDAH-7
6 kluster Tembok
1 kes SARI

JOHOR-5
2 kluster Simera
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 saringan bergejala

MELAKA-3
2 kluster Utama
1 saringan kontak rapat

PUTRAJAYA-2
1 kluster Buntar (baharu)
1 kluster Selasih

N.Sembilan-1
1 saringan kontak rapat

PAHANG-1
1 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘯 kapal

Kluster baharu. KLUSTER BUNTAR di Kuala Muda di Kedah, daerah Kerian di Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt. 51 disaring, 8 positif, 43 tunggu keputusan.

Kluster baharu. KLUSTER MERBOK melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes indeks dikenal pasti positif #COVID19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Okt. 270 disaring, 9 positif, 261 tunggu keputusan.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply