Kerajaan Sabah tanggung kos wad tambahan

Share

KOTA KINABALU – Semua kos utiliti 16 bangunan kerajaan yang dijadikan wad hospital tambahan ditanggung oleh kerajaan negeri Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri menghargai bantuan jabatan dan agensi Persekutuan dalam menangani pandemik Covid-19 di negeri ini.

“Sementara itu, semua kos utiliti di semua 16 bangunan yang dijadikan wad hospital tambahan akan ditanggung oleh kerajaan negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, kerajaan melalui kenyataan media Masidi mengumumkan sebanyak 16 bangunan kerajaan dijadikan wad hospital tambahan, manakala tujuh lagi hospital kerajaan sedia ada dijadikan sebagai hospital untuk merawat pesakit Covid-19.

Hajiji nafi ada perselisihan dengan Bung, Masidi tak puas hati

Pertambahan wad hospital itu susulan peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, Masidi juga berkata, sebanyak 429 kes positif Covid-19 dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk hari ini.

“Bilangan kematian adalah empat orang dan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 5,493 kes.

“Sehingga hari ini, seramai 3,242 pesakit sedang menerima rawatan dan seramai 2,208 pesakit dilaporkan telah sembuh,” katanya.

Masidi yang juga Menteri Kewangan II berkata, pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar sedang berjalan lancar.

“Sehingga hari ini, sebanyak 19,587 bakul makanan telah diagihkan dan pengagihan bantuan bakul makanan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri wajar jadi jurucakap rasmi kerajaan

Leave a Reply