Ubah suai bilik macam ICU

New Delhi: Bukan hanya berkorban masa dan tenaga, seorang lelaki sanggup mengambil inisiatif mengubah suai ruang di dalam rumah menjadi seperti Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk isterinya yang menghidap asma.

India Times memetik laporan Navbharat Times melaporkan Gyan Prakash tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan.

Namun, pesara jurutera itu cuba menjaga isterinya sebaik mungkin dengan menyediakan ruang dilengkapi semua peralatan diperlukan termasuk mesin bantuan pernafasan dan pam oksigen berbentuk silinder.



Difahamkan, Kumudani Srivastana sering dimasukkan ke hospital akibat asma, sejak empat tahun lalu.

Keadaan itu memberi ilham kepada Gyan melakukan pengubahsuaian dalam rumah dengan meletakkan peralatan perubatan seperti di dalam wad sebelum isterinya pulang ke rumah.

Selain ruang dalam rumah, Gyan turut mengubah suai kereta miliknya menjadi ambulans.

 

Jururawat dijangkiti Covid-19, ICU hospital di KK lumpuh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker