Bubblebee tamat kerjasama dengan rakan niaga disiasat SPRM

Menerusi sebuah kenyataan syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah iaitu Bubblebee Sdn Bhd telah mengumumkan penamatan serta merta usahasama rakan kongsi mereka di empat buah cawangan.

Syarikat kedai minuman jenama Bublebee Sdn Bhd (Bublebee) menamatkan usahasama mereka dengan empat pengurusan cawangan serta merta selepas mendakwa perniagaan itu terjejas teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Ismail Abdul Rahman memberitahu langkah tersebut dibuat ekoran berita tular membabitkan rakan usahasama mereka yang menjejaskan reputasi Bubblebee.
Katanya salah seorang ahli lembaga pengarah mereka juga dipanggil pihak berkuasa untuk membantu siasatan.
“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas siasatan terbabit mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan dengan teruk sekali.
“Justeru, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan kongsi yang menguruskan empat cawangan berikut iaitu Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.
“Penamatan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan sebentar tadi.
Bagaimanapun, Bubblebee tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan tersebut.
Untuk rekod baru-baru ini pelawak dan juruhebah radio, Shuib Sepahtu, ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes Macau Scam.
Suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu juga memang dikenali sebagai usahawan yang menggerakkan rangkaian kedai Bubblebee.
Ismail berkata, keempat-empat cawangan tersebut juga akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
“Pembukaan semula keempat-empat cawangan ini akan diumumkan di platform komunikasi rasmi kami selepas proses pengambilalihan selesai.
“Kami mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua rakan usahasama yang telah menyokong jenama minuman kami selama ini.

“Kami juga sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam semua urusan,” katanya. – Mkini

Ambil Kira Reputasi Syarikat 



Keputusan itu telah dibuat oleh Dato’ Ismail bin Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd selepas mengambil kira akan faktor reputasi syarikat itu sejak kebelakangan ini sedikit tercalar apabila rakan kongsi mereka disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan sebuah kegiatan yang telah menjejaskan reputasi Bubblebee.

“Kami sedar, Kebelakangan ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan kegiatan yang telah menjejaskan reputasi Bubblebee. Hal ini turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami telah dipanggil bagi membantu siasatan”

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kesalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas , siasatan ke atas rakan usahasama ini telah mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali,” katanya.

Tutup Sementara Waktu



Berikutan itu juga, pihak Bubblebee turut mengumumkan penutupan sementara empat cawangan mereka iaitu di Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat  mereka  sehingga diumumkan kelak. Untuk rekod, Bubblebee mempunyai 17 cawangan di seluruh negara. 11 cawangan merupakan milik penuh Bubblebee bersama Shuib Sepahtu dan Siti Sarah manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.

Kredit: Murai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker