Tengku Razaleigh hantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat pada 25 September lalu.

Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh Sinar Harian, Tengku Razaleigh mendakwa Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua kali.



“Usul tidak percaya ini amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuk kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan perdana menteri.

“Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta usul tersebut dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera.

Ia perlu dibuat supaya kerajaan kepimpinan Perdana Menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat. Sinar

Ku Li dipanggil menghadap Agong untuk..

Related Articles

One Comment

  1. Elok kalau undi tidak percaya kepada perdana menteri dibuat secepat mungkin. Kalau tidak banyak ketidaktentuan antaranya ketidaktentuan dalam bidang ekonomi akan masih berterusan. Tak kiralah siapa jadi PM sebab kita pun tak mahu PRU sekarang dan kita sedang menghadapi gelombang ketiga Covid-19. Lagi cepat selesai, lagi cepat kita dapat teruskan kerja.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker