Jangan abai MAS – Najib

Kerajaan tidak seharusnya memberi talian hayat kepada AirAsia Bhd. sahaja dan dalam masa mengabaikan Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sepatutnya menyalurkan bantuan yang lebih besar kepada MAS.

“Saya tak bantah AirAsia dapat bantuan RM1 bilion dari kerajaan PN sebab ribuan pekerjaan warga Malaysia terjejas. Saya faham.

“Tapi saya harap bantuan kerajaan lebih besar disalurkan kepada MAS.



“Jangan tolong AirAsia tapi tolak MAS,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Artikel berkaitan:AirAsia dapat pinjaman RM1b, dijamin MoF

Terdahulu, syarikat penerbangan tambang murah itu dilaporkan berjaya memperolehi pinjaman sebanyak RM1 bilion yang mana 80 peratus daripadanya dijamin oleh Kementerian Kewangan.

Pinjaman berkenaan akan dibuat oleh sekumpulan bank di bawah satu skim kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bermasalah akibat Covid-19.



Keputusan kerajaan itu pastinya menjadi talian hayat kepada AirAsia yang mana industri penerbangan sedang terjejas teruk akibat pandemik. MG

Industri penerbangan ditahap ICU



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker