Covid-19 : 660 kes hari ini dengan 4 kematian

Sebanyak 660 kes baru Covid-19 dicatatkan, termasuk empat lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 443 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (76 kes), Kedah (60), Pulau Pinang (23), Labuan (18), Perak (16) Johor (10), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9), Negeri Sembilan (2) dan Pahang (1).

Dr Noor Hisham berkata, enam kluster baru dikesan iaitu empat di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.

“Sehingga 13 Oktober pukul 12:00 tengah hari, 660 kes baru telah dilaporkan hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,880 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Pada sidang media itu, ketua pengarah kesihatan turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19.

Dr Noor Hisham juga berkata jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini adalah 101 kes dengan 32 yang memerlukan ventilator.

Terkini. 13 Okt. Kes baharu #COVID19 660 iaitu 658 tempatan, 2 import.

Sabah (443) hasil saringan besar-besaran, Selangor (76), Kedah (60) dari Penjara Pokok Sena, Perak (16) dari Kem Tahanan Taiping dan lain-lain negeri.

350 pesakit sembuh, 6 kluster baharu, 4 kematian.

Terkini #COVID19Malaysia 13 Okt 2020

Kes sembuh=350
Jumlah kes sembuh= 11,372 kes
Kes positif= 660
(kes import=2, kes tempatan=658)
Jumlah positif= 16,880 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian= 163 kes
Kes dirawat di ICU= 101 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 32 kes

PECAHAN KES BAHARU (660)

SABAH-443
162 saringan kontak rapat
38 dari kluster-kluster aktif sedia ada
13 kluster Semarak (baharu)
10 kluster Bina (baharu)
4 kluster Sabindo (baharu)
2 kluster Bestari (baharu)
214 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-76
45 dari kluster-kluster sedia ada
16 saringan kontak rapat
9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 saringan bergejala
1 kluster Bah Kenangan (baharu)

KEDAH-60
60 dari kluster Tembok

P.Pinang-23
18 kluster Penjara Reman
3 kluster Penjara Jawi (baharu)
2 saringan kendiri

LABUAN-19
9 saringan petugas kesihatan
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari India

PERAK-16
16 kluster Tembok

JOHOR-10
5 saringan kontak rapat
4 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

KL-10
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari Nepal

N.SEMBILAN-2
2 dari kluster-kluster sedia ada

PAHANG-1
1 kluster Jalan Meru

Berita lanjut menyusul

Pesakit Covid-19 suruh jururawat pegang kemaluannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker