Di sebalik pandemik, LAMBORGHINI berjaya capai rekod jualan terbaik

PANDEMIK COVID-19 jelas memberi kesan buruk kepada ekonomi, sehingga ramai terpaksa merancang semula kewangan untuk mengurangkan kos tanggungan setiap bulan.

Namun, tidak semua yang terjejas. Malah laporan daripada Bank UBS yang berpangkalan Switzerland mendapati tahap kekayaan golongan terkaya dunia meningkat 27.5 peratus.

Maka tidak hairan jika masih ada pengeluar kenderaan mewah mampu mencatatkan rekod jualan terbaik di sebalik suasana ekonomi yang suram.

Pengeluar kereta mewah Itali, Lamborghini umpamanya merekodkan jualan terbaik bulan lalu dengan 738 unit.



“Hasil jualan ini mencerminkan kerja keras kami selama bertahun-tahun, untuk kekal pada kedudukan yang diinginkan dan sebagai jenama yang besar dalam dunia automotif,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, Stefano Domenicali yang bangga dengan pencapaian tersebut.

“Kami meneroka pelbagai kaedah baharu untuk berhubung dengan pelanggan dan peminat, sambil berusaha mencapai matlamat baharu dengan melihat ke depan,” jelas Domenicali.

Kalau kebanyakan syarikat automotif terpaksa menghadkan pengeluaran, Lamborghini pula tidak menjadikan pandemik sebagai alasan untuk beralah, sebaliknya masih optimis dengan pengeluaran tiga model baharu, iaitu Huracan RWD Spyder, Sian Roadster dan Essenza SCV12.

Dalam tempoh yang tidak menentu ini juga, Lamborghini berjaya mencapai rekod baharu untuk penghasilan SUVnya iaitu model Urus yang terjual 10,000 unit dan angka yang sama turut dicapai untuk model ‘supercar’ Aventador.



Kejayaan ini membuktikan masih ada sektor-sektor tertentu yang menampakkan ketahanan luar biasa meskipun wabak COVID-19 sudah menjangkiti 36.3 juta mangsa dan menyebabkan ekonomi dunia diunjur mengucup pada -4.9 peratus- Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker