Najib tanya Kit Siang, tak nak kecam MB Selangor langgar kuarantin ke ?

Najib juga sempat menyampaikan pesan kepada lawan politiknya, Lim Kit Siang dari DAP.

“Suruh Lim kecam menteri besar Selangor yang mohon maaf sebab langgar kuarantin,” katanya.

Mengenai kecaman yang diterima Menteri Perladangan, Mohd Khairuddin, Najib berkata biar mahkamah putuskan samada dia berslah atau tidak.

Kementerian Kesihatan telah mengenakan denda RM1,000 dan sejak itu juga beliau disiasat polis.



“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya di Facebook hari ini.

“Jika kalah, masih boleh rayu.” Hentikan modal propaganda PH sebab saya dah bosan tengok Kit Siang buat puluhan posting bagi isu yang sama.

Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat tidak lama selepas pulang dari Turki.

Dalam kenyataan sama, Najib turut menggesa kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bagi mengekang kluster Meru di Klang, Selangor.



Gesaan itu antara 6 langkah yang beliau cadangkan untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini.

Antara yang dicadangkan juga, pihak berkuasa melarang pergerakan rentas negeri di Semenanjung bagi semua trafik bukan komersial selama 2 minggu.

“Nasihatkan rakyat tidak pulang ke kampung buat sementara waktu supaya tak berjangkit kepada orang tua,” tambahnya.

Majikan juga digalakkan supaya membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, dan begitu juga bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan jika tidak perlu berada di pejabat.



“Jika tak mahu tutup sekolah, arahkan semua sekolah untuk beri kelonggaran dan tidak menghukum murid yang tidak hadir sebab ibu bapa bimbang penularan Covid-19.

“Sediakan pelajaran tiap-tiap hari dalam talian atau dihantar melalui WhatsApp kepada ibu bapa jika cikgu boleh.”

Sementara itu, Najib juga menyeru pihak berkuasa tempatan membenarkan premis makanan membuka meja di kaki lima dan luar premis “sebab risiko penularan lebih rendah jika makan di luar”.

Khusus bagi Sabah, Najib mencadangkan moratorium bayaran pinjaman bank dilanjutkan “secara pukal” bagi seluruh negeri itu selagi ia masih bawah PKPD.



Cucu Negarawan Sahabat DAP Ditangkap Mabuk Langgar PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker