Portal Khas Untuk Belia Cari Pekerjaan, Ini Cara Paling Mudah Mohon & Daftar

Bagi yang masih mencari kerja, wajib baca artikel ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini melancarkan portal khas bagi memudahkan golongan belia mendapatkan maklumat berhubung pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan

Memandangkan keadaan Covid-19 yang masih belum reda dan pulih di negara kita, pasti banyak kemungkinan yang akan berlaku.

Lebih-lebih lagi ia amat dirasai oleh para belia yang sudah tamat pengajian dalam tempoh pandemik. Mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah buat masa sekarang, mereka juga perlu bersaing dengan segelintir orang yang sudah pun mempunyai pengalaman.




Menurut kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, laman sesawang berkenaan diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan golongan belia memperoleh maklumat berkaitan pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh 14 kementerian di bawah satu bumbung.

Portal berkenaan menyediakan peluang pekerjaan khas untuk belia, selain daripada kemudahan oleh kerajaan

Untuk langkah permulaan, sistem eBelia di bawah IYRES akan menjadi titik mula sinergi ini sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke dalam sistem portal baharu yang sedang dibangunkan termasuklah single sign-on ke sistem-sistem oleh agensi kerajaan yang lain.

“Hasilnya, kolaborasi KBS bersama MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) kini boleh dimanfaatkan dalam sistem eBelia ini di samping peluang pekerjaan yang disediakan melalui sistem carian pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),” jelasnya.



Terdapat tiga jenis patform yang disediakan dalam portal khas eBelia iaitu:

myGIG
MyFutureJobs PERKESO
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Untuk makluman, hanya yang berusia 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk mendaftar eBelia IYRES



Cara mendaftar:

Bagi anda yang telah tepati syarat kelayakan dan ingin berminat untuk membuat pendaftaran, anda boleh ikuti maklumat di bawah untuk membuat pendaftaran :

Pendaftaran adalah percuma
Layari ke laman web http://ebelia.iyres.gov.my/register
Klik Daftar bagi pendaftaran akaun baru
Klik Log Masuk bagi yang telah berdaftar dan pengemaskinian maklumat

Cara Daftar PenjanaKerjaya MyFutureJobs




Rakyat Malaysia yang sedang menganggur termasuklah pelajar lepasan sekolah dan graduan boleh mendaftar di portal MYFutureJobs ini.

Sekiranya pemohon mempunyai masalah untuk mengakses portal tersebut, pemohon boleh datang ke cawangan pejabat PERKESO yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat bantuan dan kaunseling kerjaya.

Cara Membuat Pendaftaran Bagi Pekerja
Layari portal rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my
Klik butang Job Seeker Sign In yang berada di bahagian kanan skrin
Klik butang Register pada paparan seterusnya
Masukkan alamat emel dan kata laluan
Klik butang Register
Tandakan pada butang Terma dan Syarat, anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik

Lengkapkan Profil anda dengan maklumat yang berkaitan



Cara Log Masuk Portal MYFutureJobs
Berikut merupakan cara untuk log masuk ke MYFutureJobs :

Layari portal rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my
Klik butang Job Seeker Sign In yang berada di bahagian kanan skrin
Log masuk ke akaun anda menggunakan emel dan kata laluan yang sah
Anda boleh mula menyemak senarai pekerjaan yang ditawarkan di halaman Match Jobs atau menggunakan padanan kerja yang bersesuaian dengan profil bidang kerjaya dan lokasi yang dikehendaki

Cara Membuat Pendaftaran Bagi Majikan

Layari portal rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my
Klik butang Employer Sign In yang berada di bahagian kanan skrin
Klik butang Register Here dan lengkapkan maklumat syarikat
Klik butang Send For Approval
Akaun syarikat akan disahkan oleh MYFutureJobs dan satu notifikasi makluman akan diterima oleh syarikat



Kelebihan Program

Setiap majikan yang berdaftar dengan MYFutureJobs akan mendapat insentif bulanan sebanyak RM 600 selama 6 bulan untuk perantis, RM 800 untuk pekerja berumur 40 tahun ke bawah dan RM 1000 untuk OKU berumur 40 tahun ke bawah sekiranya mengambil pekerja di bawah program ini
Insentif Elaun Latihan sebanyak RM 4000 seorang akan diberikan kepada pekerja di bawah program ini termasuk bukan pencarum PERKESO
Bantuan Pergerakan sebanyak RM 600 bagi Semenanjung dan RM 1000 bagi Sabah dan Sarawak tdiberikan kepada pekerja secara one off

Majikan perlu membuat pendaftaran pekerja dengan PERKESO bagi membuat caruman wajib bulanan.

Tak perlu risau kena tipu, ini cara moden main ‘kutu’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker