Ingkar Kuarantin! Lelaki gelang pink ditahan di hadapan kedai makan

Share

GOMBAK – Seorang lelaki yang memakai gelang berwarna pink dipercayai melanggar syarat kuarantin Covid-19 ditahan polis di hadapan sebuah kedai makan di Bandar Tasik Puteri Rawang dekat sini semalam.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 petang dan akan direman.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut memakai gelang berwarna pink tertulis nombor kad pengenalan bertarikh 3 Oktober 2020. Arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepadanya supaya menjalani kuarantin di rumah mulai tarikh itu sehingga 16 Oktober.

Gara-gara ‘makcik degil gelang pink’, restoran ini pula jadi mangsa

“Ujian saringan Covid-19 telah dibuat terhadapnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan keputusan masih belum diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No 8) 2020.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain.

Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang yang didapati melanggar perintah kuarantin.

Rakyat Malaysia masuk ke Sarawak diberi gelang tangan

Leave a Reply