Melayu nak maju? Perlu ubah sikap yang ada..

Share

KUALA LUMPUR – Orang Melayu bumiputera perlu berubah dan bekerja lebih keras jika mahu menjadi lebih maju atau sekurang-kurangnya setara dengan kaum lain.

Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (Kita) serta Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, beliau secara peribadi melihat kesukaran atau batu penghalang yang menjadi penghalang orang Melayu bumiputera untuk maju ke depan adalah sikap mereka sendiri.

Beliau berkata, sikap orang Melayu yang seolah-olah kurang menghargai peluang serta kemudahan yang diberikan kepada mereka perlu diubah segera.

“Saya bagi contoh, peluang orang Melayu untuk masuk universiti terutamanya ke kursus-kursus kritikal agak mudah berbanding kaum bukan Melayu malah diberikan bantuan, mereka juga mendapat kemudahan pinjaman untuk berniaga dan banyak lagi tapi sayangnya segala kemudahan atau faedah yang mereka peroleh itu tidak begitu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Kilang haram: Sikap kerajaan negeri timbul kesangsian

“Malah ada yang menyalahgunakan kemudahan diberikan, tidak serius dengan kelebihan yang mereka ada dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera I 1965-2020 Khamis lalu yang memberitahu beliau bersetuju meletakkan urusan berkaitan hal ehwal bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri selain menegaskan masih banyak hal berkaitan bumiputera yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, tindak-tanduk Melayu bumiputera sering diperhatikan kaum bukan Melayu dan ia menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan mereka.

“Kaum bukan Melayu akan melihat Melayu bumiputera ini ada banyak ‘tongkat’ (bantuan atau kemudahan) tapi tidak berusaha bersungguh-sungguh serta tidak berkebolehan.

“Jika orang Melayu bangkit mengubah sikap, bukan sahaja mereka boleh memperbaiki diri malah kaum lain akan menghormati mereka sekali gus membawa kepada keharmonian antara kaum,” katanya.

Tambahnya, malah orang Melayu Singapura juga memberi tanggapan sama terhadap sikap saudara Melayu bumiputera di sini yang dilihat tidak menghargai segala keistimewaan yang diperoleh, sedangkan mereka yang hanya minoriti di negara itu terpaksa berdikari untuk memajukan diri.

Melihat Sikap Korea Utara, Teringat Mahathir

Leave a Reply