Lelaki cedera rempuh pagar rumah ketika lari dari polis

Share

Seorang lelaki cedera ringan di tangan kiri selepas terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah ketika melarikan diri daripada diperiksa polis dalam Op Sepadu Samseng Jalanan di Kilometer 6 di Lumut, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki berumur 37 tahun itu yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z memasuki kawasan perumahan berkenaan ketika dikejar polis sebelum terbabas kira-kira 5 petang semalam.

“Pemeriksaan ke atas lelaki tersebut mendapati dia tidak memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu.

Wanita bertindak agresif semasa ditahan dalam Op Mabuk

“Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut sebelum ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang secara berbahaya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi di Lumut, semalam.

Beliau berkata dalam Op Sepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Majlis Perbandaran Manjung yang bermula 4 petang hingga 8 malam itu, 48 saman dikeluarkan dan enam motor disita atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai motosikal dan nombor plat tidak mengikut justifikasi ditetapkan.

“Sepanjang tahun ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah menjalankan 11 Op Samseng Jalanan dan 149 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menyalahi undang-undang.

“Objektif utama Op ini untuk membanteras samseng jalanan yang sering berlumba di jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

 Bernama

Op Mabuk ‘all out’!

Leave a Reply