Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]

Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]

Pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita ibu kepada Usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri membidas pendapat jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) mengenai segelintir rakyat yang kehilangan pendapatan agar tidak berharap sepenuhnya kepada bantuan ‘bendera putih’.

Rozita Tidak Setuju Dengan Vida 

Menerusi hantaran di laman Instagram nya, ibu kepada usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri itu terlebih dahulu memohon maaf kepada Vida sekiranya pendapatnya itu berbeza. Tegas Rozita, dia sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh usahawan itu.

Tambahnya lagi, Vida seharusnya patut lebih sensitif di kala ini kerana setiap orang berhadapan dengan situasi yang berbeza apatah lagi kes bunuh diri juga semakin kerap dilaporkan.

“Bukan isu rakyat malas bekerja pada waktu begini. Jika dilihat, dahulu sebelum datangnya Covid-19, tiada sesiapa pun yang angkat bendera putih minta bantuan makanan.

“Tidak semua orang yang susah suka meminta-minta. Ayat malas itu amatlah tidak sesuai digunakan ketika hampir ke semua masyarakat sedang tertekan. Kita simpati, tetapi kita juga perlu ada rasa sensitif kerana lain orang lain yang dia rasa.

“Jika mahu muat naik sesuatu di laman sosial juga perlu berhati-hati untuk menjaga perasaan dan hati semua orang. Rakyat tolong rakyat, kita tidak mahu ada yang kelaparan dan bunuh diri,” tulis Rozita

Motivasi Tidak Sesuai Ketika Ini 

Menurut Rozita, orang ramai sudah berusaha namun semua sektor kini terkesan sehingga ada diantaranya terpaksa diberhentikan kerja. Meskipun dia mengetahui bahawa niat Vida sememangnya baik dan hanya ingin memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia, namun Rozita berkata dengan keadaan sekarang motivasi sedemikian khuatir akan lebih mengguriskan perasaan orang ramai.

“Semua orang mahu bekerja dan tidak mengharapkan duit dari kerajaan. Malahan, kita semua sudah berusaha. Apa yang saya risau adalah terhadap golongan yang tertekan apabila memikirkan anak yang kelaparan dan juga rindu terhadap ibu ayah di kampung.

“Saya hormat pendapat DSV kerana niatnya bagus untuk memberi motivasi kepada rakyat namun rakyat pada masa kini tidak perlu motivasi sebegitu kerana bimbang mereka akan lebih tertekan,” jelasnya lagi

 

https://www.instagram.com/p/CRAl1Q3pH90/

Terdahulu, Vida dikecam oleh netizen selepas berkongsi video menasihati golongan yang terjejas sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19 supaya tidak hanya mengharapkan bantuan. Pesan Vida, golongan tersebut seharusnya tidak ‘berharap’ atau bergantung kepada bantuan ‘bendera putih’ semata-mata tanpa berusaha untuk mencari rezeki.-Murai

Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 


 

Buat apa nak minta maaf – Ds Vida

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker