Pemandu lori edar heroin, syabu

Share

Rompin: Polis menahan seorang pemandu lori kerana dipercayai terbabit dalam kes pengedaran dadah di sekitar daerah itu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon berkata, lelaki berumur 31 tahun itu ditahan di kawasan parkir di hadapan sebuah hotel di Tanjung Gemok, pada 8 malam.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Rompin membuat intipan di kawasan parkir itu.

Katanya, ketika intipan, kereta dinaiki suspek berhenti di kawasan parkir dalam keadaan mencurigakan.

“Berikutan itu, pemeriksaan ke atas kereta itu menemui satu bungkusan plastik berwarna biru di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan.

“Pemeriksaan dalam bungkusan plastik biru itu menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan kiub putih dan tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 2,312 gram.

“Turut ditemui satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 659 gram dan suspek positif dadah jenis methapethamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di sekitar Rompin sejak Julai lalu.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM47,500 manakala sebuah kereta turut dirampas -HM

 

Akhirnya 4 tokan dadah heroin tewas

Leave a Reply