Wan Fayhsal jangan jadi kaduk naik junjung

Share

Oleh Dr Ismail Ali

Kaduk Naik Junjung

Penghinaan ini tidak mengejutkan langsung, malah sudah dijangka.

PPBM dikalahkan berulang-kali oleh jentera BN dan persepakatan politik baru Muafakat Nasional (MN) yang semakin kuat.

PPBM dilihat semakin tidak relevan dlm politik Malaysia. Mereka bersegera meninggalkan persepakatan yang merugikan dan meminta nyawa politik dari MN.

MN dan para penyokong disajikan dengan janji penyatuan Melayu Islam dan keadilan utk semua dalam gagasan lebih besar!

Natijahnya,

Kini PPBM dijulang dan BN ditumbangkan menggunakan kekuatan jentera BN sendiri!

PPBM semakin gah menggunakan formula politik BN dengan persepakatan baru. BN semakin disisihkan oleh rakan sendiri.

Di Sabah, PBS dijadikan teman untuk menolak kepimpinan BN.

Di Semenanjung, apakah tugas tersebut bakal didokong PAS, rakan Muafakat Nasional yang kini bersama PPBM dalam satu aturan yang amat mengelirukan?

Mungkin tangan-tangan ghaib akan berjaya juga akhirnya untuk melenyapkan UMNO dan BN dari persada politik tanah air.

Masih layakkah PPBM berbicara tentang defisit keyakinan?

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Leave a Reply