Tiada masalah… sekarang kita gembira – Bung Moktar

Share

Pertukaran portfolio dalam kabinet di negeri ini adalah mengikut kesesuaian dan tiada masalah untuk melaksanakannya, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata perubahan portfolio itu bukan sebuah isu besar, sebaliknya cuma sedikit salah faham antara rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah.

“Perubahan boleh berlaku ikut kesesuaian…tiada masalah,” katanya menjawab ringkas tentang perubahan portfolio menteri dipegangnya pada sidang media di kediamannya di Luyang di Kota Kinabalu hari ini.

Pada Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-16 di Istana Negeri Sabah pagi tadi, Bung Moktar juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah diumumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Bagaimanapun pada sidang media petang ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor juga Pengerusi Perikatan Nasional Sabah mengumumkan Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya.

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Masidi Manjun yang sebelum ini diumumkan sebagai Menteri Kerja Raya pada istiadat pagi tadi, diumumkan Hajiji sebagai Menteri Kewangan II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan petang ini.

Bung Moktar berkata kerajaan baharu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah ditubuhkan dengan sebilangan lagi menteri akan dilantik dalam masa terdekat.

“Sekarang kita gembira dan kita adalah sebahagian dalam kerajaan yang telah dibentuk, apa yang penting adalah tanggungjawab kita untuk berkhidmat untuk rakyat, ia adalah fokus utama kita.

“Kita yakin kita mempunyai cukup jumlah kerusi, dan kita akan bekerjasama dan saya sangat yakin kerajaan baharu Sabah akan bertahan lama,” katanya. Bernama

Bung menarik sokongan untuk BN hingga ke pedalaman

One thought on “Tiada masalah… sekarang kita gembira – Bung Moktar

  • October 1, 2020 at 09:30
    Permalink

    Jelas Umno Sabah di bawah Bung Mokhtar lebih berwibawa daripada Umno Pusat. Membebaskan Umno Sabah dari Pusat oleh Timbalan Presiden Muhamad Hasan sudah menampakkan natijah yang baik membuatkan rakyat Sabah mengembalikan kepercayaan pada parti itu. Bung Mokhtar berjaya mengemudi Umno Sabah dengan keberanian luar biasa apabila menggugurkan kebanyakan pemimpin lama dan menggantikan dengan muka2 baru. Diharap pemimpin2 Umno pusat tidak lagi menyibuk cuba berlagak big brother kepada Umno Sabah. Biarkan Sabah diurus tadbir oleh pemimpin2 Sabah sendiri. Adalah lebih baik Umno di Semenanjung membersihkan diri dan rumah sendiri yang masih berserabut dan rebut merebut.

    Reply

Leave a Reply