2 lemas kereta terbabas dikejar polis

 

Kangar: Dua lelaki lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air ketika dikejar polis di Utan Aji di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, dua suspek berusia 21 dan 25 itu lemas selepas gagal keluar dari kenderaannya.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Honda Civic sebelum itu bertindak melarikan diri ketika cuba ditahan ketika sekatan jalan raya di Jalan Lencongan Dua Kangar menyebabkan mereka dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).



“Ketika melalui laluan tepi tali air, kereta terbabit terbabas dan terhumban ke dalam tali air sebelum tenggelam.

Wari berkata, kedua lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba pada 11.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta dinaiki mereka adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Mayat mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya – HM



 

 Dua lelaki disyaki penjenayah lemas selepas kereta jenis Honda Civic yang dinaiki mereka terhumban ke dalam tali air sewaktu di kejar polis ketika lari dari sekatan di Utan Aji, Kangar pagi tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Dua lelaki disyaki penjenayah lemas selepas kereta jenis Honda Civic yang dinaiki mereka terhumban ke dalam tali air sewaktu di kejar polis ketika lari dari sekatan di Utan Aji, Kangar pagi tadi. FOTO IHSAN PEMBACA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker