Tular video detik akhir, seorang lelaki dicabut nyawa ketika sedang baca Al-Quran – Al-Fatihah

Share

Impian setiap umat muslim pastilah ingin meninggal dalam keadaan husnul khatima. Dalam Islam, husnul khotimah bermaksud keadaan dimana manusia meninggal dalam cara terbaik dan memperoleh kemulian di sisi Allah Ta’ala.

Baru-baru ini, terdapat satu video tular memaparkan seorang lelaki menemui ajal dipercayai ketika sedang duduk membaca kitab suci Al-Quran.

Nyawa dicabut ketika baca Al-Quran

Menerusi video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram bernama Abdul Lateef Khaled, dapat diperhatikan seorang lelaki uzur sedang membaca Al-Quran sebelum tiba-tiba rebah.

 

Difahamkan, arwah dikenali sebagai Hajj Khamis Yahya, daripada Khalil, Palestin, masih sempat terkumat-kamit membaca Al-Quran sebelum tumbang dalam keadaan masih terduduk di atas kerusi.

Cukup indah pemergiaan insan ini, Allah menarik nyawa ketika sedang dalam beribadat dan bersujud kepada Allah. Semoga husnul khatimah miliknya.

Sumber: OhMyMedia, Abdul Lateef Khaled

Leave a Reply