Saya dimaklumkan Anwar adalah Pengumum Majoriti’ – MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara berseloroh menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang ‘Pengumum Majoriti’.

Jelasnya, beliau sudah mendengar mengenai dakwaan dan keinginan pemimpin berkenaan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sejak 20 tahun lalu namun ianya tidak pernah menjadi kenyataan.

Tambah Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu, sokongan terhadap Anwar juga dilihat tidak mencukupi dalam membentuk sebuah kerajaan baharu memandangkan ianya terdiri dari kumpulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sahaja dan tidak melibatkan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sanusi turut menegaskan bahawa telah membuat pengesahan dengan Ahli Parlimen dari Pas dan tidak ada seorang pun yang menyatakan hasrat untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu.



Menurutnya, pengumuman yang dibuat Anwar pada Rabu, hanya sebagai helah bagi mempengaruhi proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini (Sabtu).

“Saya dengar Anwar hendak jadi perdana menteri sudah 20 tahun, tidak jadi-jadi lagi pun. Saya ucap selamat maju jaya kepada beliau, depa (mereka) kata (Anwar adalah) ‘Pengumum Majoriti’, PM.

“Saya sudah periksa dengan kawan-kawan, tidak ada lah yang ‘sign’ bagi (sokongan) kat dia, dia ada PH, dia ada DAP, dia ada Amanah, dia ada PKR tiga parti tu saja tidak cukup, kasihan dekat dia, dia (Anwar) hendak mempengaruhi undian hari ini di Sabah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program Santuni Petugas Barisan Hadapan anjuran bersama Kelab ADUN Backbenchers Pas Kedah dan beberapa syarikat tempatan di Zon Melor, Amanjaya, pada Sabtu. Awani



FOTO: Lebih 36 Kerbau Mati, Sebak Lihat Mowgli Malaysia Tetap Di Sisi Haiwan Kesayangan Hingga Saat Akhir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker